-->

Type something and hit enter

Translate


On
Pos Malaysia Beroperasi Semula. Pembaharuan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Boleh Diuruskan.



Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 4 Mei, jadi Pos Malaysia akan beroperasi semula!

Pos Malaysia membuat pengumuman melalui Facebook: Mulai hari ini, Pejabat Pos  dan Pos Laju, termasuk cawangan di pusat perdagangan dan pusat membeli-belah, akan beroperasi semula.

Di samping itu, pejabat pos juga akan mula menguruskan urusan yang berkaitan dengan JPJ, seperti pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan! Dengan erti kata lain, kita boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan di pejabat pos mulai hari ini!

Orang ramai  disyorkan mengikuti prosedur operasi standard, termasuk menjaga jarak sosial, mengukur suhu badan, dan memakai topeng mulut dan hidung.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi Pos Malaysia (klik di sini) atau tanya melalui AskPos.

Click to comment
Back to Top