
Kalau
ikutkan ibu hamil, kebanyakan mesti nak kulit bayi yang putih gebu,
malah ada yang sanggup amal petua tradisional hanya kerana mahukan kulit
anak putih!
Sebenarnya kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan.
Meskipun
menurut pakar, apa yang ibu makan ketika hamil tidak menentukan warna
kulit bayi yang dilahirkan. Melainkan kulit anak akan putih gebu hasil
percampuran genetik antara ibu dan ayah.
Namun tak salah jika ibu tetap ingin berusaha, ada beberapa makanan yang ramai percaya dapat cantikkan kulit bayi. Jom semak…
1. Kelapa
Air
kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih. Air kelapa
mengandung elektrolit tinggi yang bermanfaat sebagai antioksidan alami
bagi tubuh. Lagi bagus, air kelapa dapat menghidrasi tubuh dengan cepat
dan membantu menjernihkan air ketuban sehingga kulit bayi dalam
kandungan akan lebih bersih.
2. Susu Saffron
Amal
minum susu kambing dicampur dengan sedikit saffron, 2 cawan sehari,
pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur boleh mengelakkan bayi kena
demam kuning.
Campur dua stigma saffron untuk
500ml air suam. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman.
Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh
semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.
Sekiranya anak-anak masih lagi minum susu botol, campurkan sedikit air
rendaman Saffron dalam bancuhan susu botol anak.
Cara
lain, anda boleh amalkan ambil filamen Saffron dimakan bersama satu
sudu kecil madu asli 2 kali sehari. 1 sudu waktu pagi dan 1 sudu waktu
malam.
Bagi ibu hamil, meminum susu dengan campuran saffron dipercayai akan meningkatkan kecerahan warna kulit bayi masa depan nanti.
3. Putih telur
Telur
makanan yang kaya dengan kandungan protein, malah di katakan sebagai
makanan yang kaya dengan protein tinggi. Selain itu, banyak lemak,
mineral, serta kolin tinggi yang sangat baik untuk ibu hamil. Selalu
mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan diyakini dapat
membuatkan kulit bayi putih dan sempurna.
4. Badam
Sebenarnya
ada 3 makanan yang sangat digalakkan untuk dimakan oleh ibu yang sedang
mengandung iaitu, kurma, badam dan susu. Boleh buat minuman dan campur
semua bahan ini. Apa yang bagus, badam dapat mengurangkan paras
kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing
manis.
Kacang badam mempunyai kandungan folate
yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk
mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.
Makan
badam atau minum susu badam selama kehamilan. Selain sihat untuk
perkembangan janin, badam juga dipercayai dapat mencerahkan kulit bayi.
5. Oren
Salah
satu buah kaya dengan vitamin C yang wajib diambil selama kehamilan.
Selain meningkatkan warna kulit, kandungan asid folik dalam oren juga
penting untuk pertumbuhan janin yang sihat.
6. Nanas
Di beberapa negara Asia minum jus nanas seminggu sekali dipercayai dapat menjadikan kulit bayi putih sempurna.
7. Jintan manis
Wanita
hamil di India percaya dengan minuman air rendaman biji jintan manis
sebanyak 3ml setiap pagi dapat meningkatkan warna kulit bayi. Selain itu
juga dapat meringankan gejala mual di pagi hari.
8. Jus anggur
Kandungan alpha hydroxy acids (AHA) dalam anggur dipercaya berkesan untuk menghasilkan kulit yang cerah dan sihat.
9. Kacang hijau
Mengambil
bubur kacang hijau atau air rebusannya diyakini dapat menjernihkan air
ketuban dan mencerahkan kulit bayi sejak dalam kandungan.
10. Lobak putih
Lobak
putih kaya dengan antioksidan dan mineral yang diyakini dapat
mempengaruhi warna kulit bayi di kandungan jika sering diambil selama
hamil.
Sesetengah bayi juga nampak lebih gelap
beberapa hari selepas dilahirkan kerana mereka kehilangan air dan berat
pada mulanya, dan ini boleh membuat kulit mereka kelihatan kusam. Tetapi
jangan risau, kebanyakan bayi akan mendapat tona kulit yang sihat
sebaik sahaja corak penyusuan sudah stabil dan mereka mendapat susu yang
cukup.
Selain 10 makanan di atas, ada baiknya
ibu juga mengambil makanan yang kaya dengan omega 3. Omega 3 secara
ilmiah sudah terbukti baik untuk kulit ibu dan bayi.
Dengan rutin mengambilnya selama hamil dan menyusu, kulit bayi akan terhindar dari risiko berbagai seperti alahan kulit.
Semoga maklumat ini bermanfaat ya!
Sumber: Mingguan Wanita