
Helai-helai
rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun,
ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda.
Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Mewarnakan
uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi
masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu
memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.
Tapi
ada lagi satu cara mengatasi masalah uban ini iaitu dengan meningkatkan
nutrisi tubuh. Berikut adalah jenis makanan yang mampu memberi khasiat
pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.
Menerusi Vanillakismis.my, kami kongsikan kepada anda 5 jenis makanan yang boleh menyingkirkan uban secara semulajadi.
1. Sayuran hijau
Pengambilan
sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B adalah
penting. Kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B-12 untuk menghasilkan
sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen serta nutrisi.
Warna rambut juga berkaitan dengan hormon dan vitamin B-2 memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon.
2. Coklat
Unsur
dalam coklat diperlukan untuk menghasilkan melanin, sumber warna
rambut. Selain itu anda boleh memperoleh zat yang sama dalam kacang dal
atau cendawan.
3. Salmon
Ikan
salmon ini memang baik untuk kesihatan termasuk rambut. Unsur selenium
dalam salmon membantu menghasilkan hormon yang penting bagi rambut.
Proses ini juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang
mengakibatkan kemunculan uban.
4. Buah beri
Buah-buahan
jenis beri, terutama strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C
yang membantu penghasilkan kolagen selain memerangi radikal bebas.
5. Almond
Anda
juga makan kacang almond sebagai kudapan mendapat khasiat vitamin E. Di
samping itu almond juga bermanfaat menurunkan kadar kolesterol jahat
dalam darah.
Semua makanan ini bukan saja baik untuk rambut malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh juga, jadi tak rugi jika mengamalkannya.