
Penyakit
kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain
menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan
pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi
perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi
Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi
resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini
merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa
saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi
dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang
sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah
pula dengan rawatan yang berat ini.
“Alhamdulillah,
kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di
waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini.
Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh,
namun dia masih suka dengan minuman ini.
Bahan-bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
1 liter air
Cara Membuat:
Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Sumber: Keluarga.my