Kajian
menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan
lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat
khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing dalam terdapat di dalam perut
lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing
halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil
tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika
kaki kita luka. Sangat bahaya!
Untuk menghalau
lipas tanpa racun bukannya mudah. Tetapi Jangan risau, kami ada petua
berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat
hasilnya okay!
1) Ambil sebuku sabun mandi dan
potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap
kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan
lihat hasilnya.
2) Potong dan letakkan hirisan
lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas
terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering,
gantikan dengan lemon yang baru.
3) Ambil
hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak
lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5)
Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan
dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti
bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
6)
Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk
uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan
lipas.
Perlu Tahu!
Banyak
kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas.
Hasilnya, ramai yang mendapat cirit-birit, hepatitis, disenteri,
penyakit taun, kudis malah pembengkakan pada mata.
Apakah yang dilakukan oleh lipas pada makanan kita sehingga tercemar dengan banyak bakteria yang boleh membawa penyakit?
Sebenarnya
lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang
makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang
dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka
makan, lipas meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta
dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman lagi.
Di
Malaysia sahaja terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang mempunyai
ciri-ciri yang berbeza tapi tidak ketara.Lipas membiak dengan banyak di
dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila
matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas.
Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot,
pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah
telur tersebut menetas.
Sumber: Impiana.my