
Masalah ketiak hitam mesti buat ramai yang malu dan tak confident dengan diri sendiri kan?
Sebenarnya
masalah ni bukannya di alami oleh korang je tapi hampir semua wanita di
dunia ni! Kulit ketiak menjadi hitam akibat mencukur atau mencabut bulu
ketiak, dan ianya mungkin juga disebabkan oleh bahan kimia yang
terdapat di deodorant yang digunakan.
Kalau nak
memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang
mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara
semulajadi.
Berikut adalah cara nak putihkan ketiak secara semulajadi :
Cara 1:
Campurkan
1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai
berbentuk scrub. Kemudian, sapu campuran tersebut 2x sehari setelah
mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih. Bilas dengan air bersih.
Amalkan
rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak
sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang
berlebihan akan membuat keradangan kulit.
Cara 2:
Campurkan
dengan 1 sudu teh baking soda bersama dengan cuka atau perahan
lemon/limau nipis. Seterusnya, sapu campuran tersebut pada ketiak,
biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.
Gosok
ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan
lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak yang
terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati.
Setelah
itu, bilas dengan air bersih. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak
menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut
kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan
kulit.