
Masalah
berat badan sering kali menjadi perkara utama yang mengganggu fikiran
sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan hilang keyakinan diri hingga
membuatkan rasa malu dengan penampilan diri.
Bermacam
cara untuk menguruskan badan dibuat tapi kebanyakannya menggunakan
produk yang nilainya mencecah ratusan ringgit. Lelaki bernama Harith Faisal ini
berkongsi rahsia hanya dengan satu cara ini, dia mampu menurunkan berat
badannya sehingga 10kg tanpa pengambilan sebarang suplemen.
TEH HIJAU: 2 BULAN TURUN 10KG
Benda
ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet dua bulan ni. Yup! Hari
ni genap dua bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang
supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan
nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spageti. Makan je, tapi
saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa
cheat day.
Saya tak pasti betul ke tak dari
segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh
hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet
saya ni.
Okay kejap.
Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skill meng google saya yang
hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan
dia setiap hari:
- Dapat berikan tenaga.
- Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
- Dapat tingkatkan metabolisme.
- Sekali gus, dapat turunkan berat badan.
Sila
cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau
kosong. Takde gula, takde susu. Mula-mula rasa memang tak sedap.
Lama-lama tak sedap jugak. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya
pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat,
kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2
round sebab nak jimat.
Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)
Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)
Doakan
saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman
bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus
kerana badan adalah aset.
Sebelum ni hari-hari
cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang
tabiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak. Lantaklah.
Kalau
jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan,
ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah.”
Itu motivasi untuk saya.
Haha! – HF via http://www.pesonapengantin.my