
Kebanyakan
wanita lebih mengutamakan kulit muka berbanding kulit di bahagian badan
yang lain. Jadi tak hairanlah kalau kulit muka tampak lebih berseri dan
cerah berbanding kulit tangan atau kaki.
Sebenarnya
ada cara mudah untuk mencerahkan kulit tangan dan kaki dengan cepat dan
paling penting tanpa menggunakan modal yang besar.
Petua yang diamalkan oleh Puan Eina Shukry
ini telah dipraktikkan oleh beliau sendiri. Hanya dalam tempoh satu
bulan dah boleh lihat perubahan yang ketara. Cuma gunakan gabungan dua
produk sahaja iaitu losyen Vaseline/ Nivea dan krim kecantikan Safi.
Hasilnya ‘boom’!
Jom ikuti perkongsian beliau.
INILAH
dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki
memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap
je, putihnya tidak kekal mana.
Boleh juga pakai
dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan
dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak
amalkan produk kecantikan.
Bila letak tangan
dekat muka beza sangat, so thats why cari solution simple ni. Murah pun
murah. Penggunaan untuk berbulan-bulan dengan sekali invest je.
Saya
dapat tips ni pun dari rakan fb juga. Tak tahu siapa. Dah lupa. Lepas
tu terus pergi cari losyen dengan krim Safi ni. Terima kasih pada
empunya tips.
Saya amalkan losyen Vaseline
dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya
pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade
anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti.
Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan.
Sebelum
ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk.
Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Cara Pakai
Calit-calit dulu krim safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
Nota Tambahan
Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/nivea.
Krim safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembab. Ramai yang salah beli.
Bagi
yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki
atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Sumber: Eina Shukry