
Seorang
wanita umur 30 membuka rahsia yang diamalkan untuk miliki kulit cantik
merah jambu dengan hanya ikut petua orang dulu-dulu.
Ya,
kalau ikutkan sekarang ini cukup mudah nak jadi cantik sebab ada
macam-macam jenis alat kosmetik di pasaran. Namun kalau anda jenis suka
menggunakan petua-petua orang dulu, ini salah satu amalan yang bagus
untuk dicuba.
Kebanyakan wanita zaman sekarang
memang tak amalkan langsung petua tradisional kerana dianggap leceh dan
perlu dibuat sendiri. Tapi kalau anda dapat rasai sendiri kesannya,
memang WOW!
Ok, jom godek apa bahan yang digunakan dalam petua tradisional yang dikongsi saudari Afieyzea Aleeschaylee…
BUKAN HANYA CANTIK LUARAN, DALAMAN PUN CANTIK
Hai
kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran
Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah
berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey
suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba
dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
SUSU KUNYIT BADAM MADU
Bahan–bahan:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara buat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
NOTA:
Amalkan
dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu
datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Sumber: Mingguan Wanita