
APA ITU JERAGAT (MELASMA)?
Jeragat
ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.Memang tidak dapat
dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalahkulit tanpa
mengira peringkat usia.Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat
dikesan oleh pakar dermatologidan semuanya boleh memberi kesan terhadap
penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.
Sudah
pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak
berkeyakinan. Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan, keluarga
serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba
menutupnya,jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.
Disini
kami akan kongsikan cara-cara hilangkan jeragat di wajah anda dalam
masa yang singkat dengan menggunakan 4 bahan-bahan semulajadi yang
semestinya selamat dan tidak berbahaya!
JOM CUBA!
Cara-cara buat masker hilangkan bintik hitam atau jeragat secara tradisional dengan bahan2 semula jadi dan sedia ada di rumah
Bahan-bahan:
- kunyit hidup
- beras yang direndam
- air limau nipis
- putih telur
Beras dan kunyit perlu ditumbuk sehingga lumat. Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur.
Adunan
yg telah siap! ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering.
Bila dah kering, bilas dgn air suam..ingat air suam tau untuk
mengekalkan kelembapan kulit.
Siap….mudah dan ringkas
Setiap
individu punya kulit yang berbeza-beza.Tidak semestinya si kawan sesuai
pakai itu kita pun sesuai,dan tidak semestinya skin care yang mahal itu
sesuai dan baik untuk kita..Kesimpulannya petua tradisional lebih baik
berbanding skin care yang ada di pasaran.
Sumber: http://keluargatilljannah.com/