Ditegur
suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua
wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam
ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat. Mungkin?
Sebelum
suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa,
apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan
hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi
dan segar.
Masalah bau badan berlaku bukan
hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya
diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga
mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.
Kombinasi
antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan
anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.
Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!
1. Guna Daun Sirih
Daun
sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua
sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas
kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk
berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat
menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain
itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan
susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu
dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh.
Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama
kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun
juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun
kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika
mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air
bersih.
4. Air Cengkih
Bunga
cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai
pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan
kemudian minum airnya. Amalkan.
Dalam apa jenis
keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan
diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk
elakkan badan berbau.
1. Usahlah memakai
pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria
yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak
dibasuh.
2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.
Bagaimana Perpeluhan Berlaku?
Peluh
terjadi daripada lapisan kulit kasar yang mengalami proses pengelupasan
atau sel kulit mati. Sel kulit mati ini pula datangnya daripada lapisan
epidermis yang mengandungi sekitar 2.4 juta kelenjar. Ia akan berlaku
dalam kepelbagaian kadar kepekatan pada daerah badan yang berbeza secara
purata pada 1500 hingga 3000 sentimeter.
Kelenjar
peluh berada pada kawasan-kawasan yang mempunyai daya kepekatan yang
tinggi biasanya pada sekitar tapak tangan, tapak kaki sebaliknya bukan
pada permukaan halus pada bibir.
Kelenjar peluh
yang terdiri daripada lingkaran tiub yang berbentuk saluran yang
bersambung pada hujung liang roma. Dinding tiub meliputi sel-sel yang
mana air dan garam berkumpul dari saluran darah dan keluar dari salur
yang khusus.
Perpeluhan atau keringat normal
adalah penting untuk menjaga suhu badan. Perpeluhan adalah mekanisme
pengatur suhu tubuh, penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga
untuk kecantikan.
Sumber: Keluarga.my