
Perkongsian
Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut
di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya
ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.
Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni.
“Saya
ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah
untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan
syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau
haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
1. Basuh bersih limau purut.
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur
macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di
kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub
beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah
dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya
pun wangi.
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan
kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak
kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu
popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan
lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris
halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama
bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
2. Pewangi Semulajadi
Hiris
halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan
sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi
biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam
kereta. Wangi sentiasa.
3. Putihkan Gigi
Nak
putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke
dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua
bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan
bau mulut.
3. Wangikan Badan
Anda
juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan
limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan
tubuh anda.
4. Tambah Selera Makan
Daun
limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam
atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk
membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
Sumber DIY: Ibrisam Wossali