-->

Type something and hit enter

Translate


On
Harapkan pagar, pagar makan padi
Peribahasa: Harapkan pagar, pagar makan padi

Maksud Peribahasa : Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh diharapkan telah mengkhianati kita.

Contoh Ayat : Hamka menyesal kerana memberi kepercayaan kepada kawannya untuk menguruskan perniagaan kerana kawannya telah belot dan nasibnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Contoh Karangan:


Contoh soalan karangan peribahasa : Tulis sebuah cerita yang  menarik berdasarkan peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan  Padi"

     Sudah lima tahun Yati menjadi pembantu rumah Puan Naimah. Yati rajin bekerja. Segala kerja rumah dilakukan dengan sempurna. Sikap yang  ditunjukkan oleh Yati itu amat menggembirakan Puan Naimah. Beliau sudah menganggap Yati sebahagian  daripada anggota keluarganya.

     Pada suatu hari, Puan Naimah, suami dan anak -anaknya hendak bercuti di Kota Singa. Beliau mengajak Yati bercuti bersama. Yati menolak pelawaan Puan Naimah. Menurut Yati, dia tidak mahu menggangu percutian Puan Naimah sekeluarga.

     Sebelum bertolak, Puan Naimah berpesan kepada Yati supaya dia berhati -hati. Beliau risau akan keselamatan Yati yang tinggal seorang diri di rumah. Setengah jam selepas Puan Naimah bertolak, Yati  bergegas ke biik majikannya itu. Bilik tidur itu habis digeledahnya.

     Yati memasukkan barang -barang kemas Puan Naimah ke dalam beg tangannya. Dia turut mencuri sejumlah wang tunai yang disorokkan di bawah lipatan pakaian. Tanpa membuang masa, Yati menghubungi rakannya. Dia bercadang  hendak melarikan diri.

     Malang tidak berbau. Tiba -tiba Puan Naimah muncul di depan pintu. Beliau berpatah balik kerana pasportnya tertinggal di atas meja. Puan Naimah hairan melihat muka Yati yang agak cemas.

     Setelah disoal beberapa kali., akhirnya Yati terpaksa menceritakan segala perbuatannya itu. Puan Naimah berasa sungguh kesal. Dia tidak menyangka sama sekali Yati sanggup mengkhianati kepercayaannya selama ini. Perbuatan Yati itu tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Click to comment
Back to Top