-->

Type something and hit enter

Translate


On
CONTOH KARANGAN PERIBAHASA :

Sediakan payung sebelum hujan

        Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini.

        Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.

        Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa.

        Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha dari awal agar apa-apa yang dicita-citakan akan dapat dicapai. Apabila kita telah bersedia , pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi lancar dan teratur. Perancangan awal ini penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan berhasil.

        Bagi murid pula, peribahasa ini wajar diamalkan. Hal ini kerana, setiap murid memang perlu sentiasa bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dengan belajar dan mengulangjkaji pelajaran. Jika murid tidak belajar, maka kejayaan tidak akan dicapai.

        Kesimpulannya, peribahasa ini mempunyai pengajaran yang baik kerana mengingatkan kita supaya sentiasa bersedi. Oleh itu, wajarlah maksud peribahasa ini dijadikan amalan dalam kehidupan.

Click to comment
Back to Top