Anda ada masalah bau kaki yang teruk? Bagaimana cara ingin hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu? Jika mengenakan kasut mesti berbau, ya tak? Usah bimbang, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Disini, ada 6 petua yang anda harus amalkan untuk elak daripada masalah kaki berbau. Jom kita usha apa petua tersebut!
- Rendam
Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.
- Buang Daki
Ambil limau purut yang direndam bersama air tu, sental di tapak kaki dan juga di sekelilingnya hingga mengeluarkan daki.
- Berus
Setelah siap sental dan agak-agak dah bersih, keluarkan berus bagi meghilangkan kotoran di bahagian kuku dan kaki.
- Urut
Sapu Losyen dan lakukan sedikit urutan di bahagian tapak kaki.
- Semburan
Sembur sedikit pewangi bagi memberikan kesegaran.
Amalkan selalu ya? Insyaallah pasti hilang masalah bau kaki anda.
P/S : Selamat mencuba!