Jangan
kita membazir untuk membeli produk yang mahal-mahal demi untuk menjaga
kecantikan wajah kita. Terlalu banyak tips kecantikan yang mudah dan
menjimatkan poket anda. Kita cuma perlu tahu apa yang berkhasiat untuk
kulit dan kelebihan yang ada pada sesuatu bahan tersebut. Contohnya
seperti timun, tomato dan aloe zera. Tapi ada satu khasiat untuk kulit
yang mungkin tak ramai tahu iaitu ais bunga! Khasiat ais
1. Boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit muka dan akan kelihatan bercahaya secara semulajadi.
2. Membantu mengurangkan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat.
3. Boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata.
4. Boleh kecilkan pori-pori sebelum memakai make up.
5. Menghalang kedutan wajah.
Cara nak buat kiub ais bunga ni senang je macam buat kiub ais kat rumah cuma gunakan bahan seperti air mawar, rose essential oil, kelopak bunga dan air yang telah dididih selama 2-3 minit.
P/S : Jom sama-sama kita cuba.

